Tuesday, October 12, 2010

bakti siswa~

salam semua,lama sudah aku tak men"update" blog aku,kekurangan masa lah,untuk entry ni aku nak ceritakan mengenai program untuk final projek subjek TITAS aku. Kami di arahkan untuk buat satu projek yang berunsurkan kerja amal. Untuk group aku kami ke rumah orang susah. Group aku pergi ke rumah penduduk miskin di Kg.Sepat di Pantai Sepat. Erm....bila aku sampai dan decide untuk pergi rumah tu,aku berasa besyukur sangat aku dilahirkan dalam keluarga yang sedikit bertuah berbanding keluarga yang aku beri bantuan ni. Keluarga yang kami pilih ni memang susah. Dah la susah,lepas tu ada sakit. Sepertimana yang aku lihat keluarga ni macam ada sakit keturunan. Sakit ye macam sakit mental+lemah+lemau...aku tak tau nak klasifikasikan sebagai penyakit apa. tapi something like that la. Rumah nenek ni di huni 5orang. Nenek,Makcik nafisah,Pak Cu, Rizal, dan cucunya Isa. Kesemuanya mempunyai penyakit yang lebih kurang sama. Kesian aku tengok. tapi alhamdullilah walaupun mereka sakit dan susah. mereka tetap bekerja. Cuma kadangkala sedih dengan nasib mereka. tapi di sebalik ketentuan Allah mesti ada hikmah yang tersirat. Jom tengok sedikit gambar yang aku ambil semasa aku buat prgoram ni.


temuramah dengan nenek sah


kawasan belakang rumah tersebut



tekejut tak kalau cakap rumah ni tak ada bilik air
atau pun bilik mandi? dan ini lah tempat
mereka mandi. tiada atap mahu pun kepungan.

Kami dengan sepakat menderma kan sedikit duit
dan beli keperluan dapur untuk nenek tu.




keadaan dapur. sayang nya bab bab kebersihan ni mereka
abaiakan.
 
ni apa yang aku nampak kat dapur tu terus aku letak kat
sinki untuk di basuh semula.


ni lah keadaanya bila aku tarik almari yang ada kat dapur tu.


ni lori jual roti. tau tak makcik ni cakap apa?
sebelum ni dia tahan van ni x pernah berhenti. sebab
diorg bawak hanya rm 2.00. bayangkan lah,roti yang kecik
tu je da rm 1.50. ini kan pulak bawak rm 2.00 je. jadi mereka yang
baik hati ni belanja makcik ni. erm...sayu ati aku bila dengar...

ni lah group aku. yang kira gentel kami buat khimat masyarakat
untuk penduduk susah. congrats babe! aku salude dengan anda semua.


ini lah yang kami lakukan. walaupun cuma beberapa kerja je,sedikit sebanyak dapat jugak membantu makcik ni. Kami tak habis disini. kalau anda lihat,kan ada cucu nenek ni yang bernama Isa. Kami sebulat suara bawa Isa ni beli pakaian sekolah yang baru dan bawa Isa ni jalan-jalan dan makan KFC. jadi,tunggukan entry seterusnya.

p/s: walaupun kita susah,walaupun kita serba kekurangan,tapi kena ingat,kebersihan tu amat penting untuk kita jaga. bukan untuk sesiapa,untuk kita sekeluarga juga. iman dan amalan juga perlu untuk kita jaga. terima ketentuan allah,dan yakin lah...Akan ada sinar baru di sebalik ini semua. insyallah~

No comments: