Lama aku tak menjenguk pusat hiburan aku ni. Bukan sombong,tapi tiada masa untuk aku nak mengadu domba disini. Sungguh masa sangat jeles dengan aku. Aku kan ada kata ada cerita yang aku nak kongsikan. macam-macam cerita. Disebabkan begitu lama aku tak menulis di laman sesawang ini. Thats y tajuk aku adalah cerita untuk sebulan. aku mulakan dengan...
i-KAWAN
kawan?sahabat?rakan? semuanya sama. Untuk aku disini kawan tu ada sebuah kepentingan sendiri. Bukannya untuk mempergunakan mereka. Tetapi ianya seperti dalam keadaan yang kita seharusnya ada kawan walaupun sekurang-kurang nya seorang untuk di jadikan teman berbicara dimana keadaan kita yang jauh dari ayah dan bonda jauh dari teman rapat dunia akhirat,NAH! disitu la harusnya kawan. tapi aku paling benci kawan yang buat sombong,kawan yang tak pasal-pasal pilih bulu,kawan yang buat muka even orang da tanya apa masalah ko dengan aku,ya,itu kategori kawan yang aku benci. Memang tak elok untuk membenci orang. Tapi da orang yang mintak benci. Macam mana aku nak buat. Kerana kawan juga aku da berapa kali menangis dan rase down gila. Kerana apa?KAWAN. Macam-macam ragam dan kerenah yang aku jumpe. Betul kata en.tunang,jangan jumpa dan terus nak rapat. Te'nang dulu bagaimana orangnya baru lah kita boleh nilai bagaimana empunya diri. Aku menangis,menangis dan menangis. Yang ada dalam diri hanya nak berhenti! Sebab apa?kawan? aish....sungguh menjengkelkan la....tapi....Allah saja menguji aku,menguji untuk aku setia bersama sahabat dunia akhirat aku,ASKARJEPUN.ya,mereka yang memahami siapa aku. Aku bukan orang yang sekejap dengan orang ni,sekejap dengan orang tu. Bukan begitu. Jauh di sudut hati aku hanyalah inginkn keselesaan,keselesaan untuk berbicara,berborak,berkongsi,dan segalanya. Syukur aku kehadrat ilahi,kini aku telah jumpa kawan itu. Dan mudah-mudahan kawan itu akan kekal bersama aku,kerana aku selesa dengan mereka.
ii-ALAHAI HATI
alahai hati,kenapa kau mudah terasa?itu lah aku lately ni,sungguh mudah terasa,atas kawan yang aku baru bicarakan sebentar tadi,dari hati ini la aku mulai renggang dan jauhkan diri. ya,setiap manusia ada perasaan. Bila perasaan ini berkata sesuatu yang tidak enak,ianya akan terus ke otak dan membuat penilaian dan seterusnnya mendapat jawapan apabila penilaian itu telah mendapatkan hasilnya erm,itu lah yang aku buat,jauhkan diri dan diam kan diri. Tapi aku orang nya mudah,kalau kau tanya kenapa dengan aku,dan aku jawab apa yang aku tidak selesa pasti aku akan baik semula,kerana bagi aku terus terang itu adalah yang terbaik,ketepikan ego,buat apa nak ego kan diri,buat apa nak mempersoalkan,kenapa harus aku yang mula kan dulu.buang itu jauh-jauh. dan kalau kau ego dan belagak bodoh sombong ko akan dapat lah nanti. Dan bagi aku,senang saja,memang seseorang itu akan terasa,tapi mudah untuk settelkannya bila kau berterus terang,selesai lah segalanya,tapi aku x terus terang pun,sebab aku tunggu dia tanya,tapi sampai ke harini aku tunggu tak tanya-tanya pun,so aku diam la,takkan tak pasal-pasal aku nak cerita,hah!klaka!jadi langkah mudah,biarkan dia.mungkin dia juga bahagia dengan cara tersebut.
iii) oh calculus!
Calculus adalah salah satu subjek dimana aku wajib untuk ambilnya. serius!dalam kelas,aku duduk belakang,dengan kadang-kadang speck tak pakai,apa yang aku dapat?20% dari 100%. Nak dipendek kan cerita,aku ada 2nd test,menangislah wahai diri sebab tak paham apa yang di belajar, dan aku muhasabah diri,tanya je pada sesiapa yang aku rasa orang tu nak bagi jawapan dengan apa yang aku tanya. Tapi ko akan rasa sedih bila diri kau di situ hanyalah macam "ok,lepas ko tanya ni ko boleh blah,"menangislah wahai hati dengan keadaan demikian. Apalagi ngadu domba lah pada en.tunang. langkah seterusnya, Allah bagi aku akal fikiran,bagi mulut,jadi aku pergi betanya dengan siapa aku nak tanya lagi,alhamdullilah orang tersebut jawab pertanyaan aku,dan masuk terus ke dalam otak. Ade insan yang baik hati bagi aku pinjamkan buku tebal nya macam hape,tapi banyak gila ilmu dalam tu. bertemu pula dengan kawan yang aku katakan selesa dengan mereka itu tadi,dan juga jangan takut dan malu untuk bertanya pada pensyarah dan syukur alhamdullilah,aku meninggalkan jauh result aku sebelum ni dan aku boleh tersenyum puas. trimasssss tak terhingga yang kongsikan ilmu dengan aku itu,aku sangat menghargainya dan mudah2an ilmu itu akan dijadikan antara amalan semesa korang di dunia yang fana ini.huh!
panjang sungguh cerita aku ini. tapi inilah cerita yang aku simpan untuk di kongsikan.
moral untuk cerita aku,walaupun kamu berseorangan jangan putus harapan kerana, ALLAH ALWAYS BY UR SIDE, Dia akan menolong hambanya yang berada dalam kesusahan.Tapi ingatlah Dia walaupun dalam keadaan senang ataupun susah,ingat wahai mawar jingga,jangan berkata-kata aja!!
p/s:kawan yang buat kita tersenyum adalah kawan yang paling bes, aku tersentuh hati bila kawan itu rangkul leher aku dan bermanja,bukan ada perasaan LESBIAN,tapi dia menganggap kamu kawan yang baik dengan dia. macam kakak ok! sekian~
No comments:
Post a Comment