Sunday, January 23, 2011

episode chintaku part III

hye!
semalam ada family day fakulti. seronok kot bila dok jumpe dengan ahli FKASA. macam-macam ragam dan hal. sukaneka pulak sukaneka jenis tradisional. mengimbau kenangan main galah panjang dengan kawan-kawan balik ngaji dulu.haha.ok lah.

Jum sambung episode chinta part III.
 Erm…lepas merisik,dan pakcik pergi. Amek masa jugak nak teruskn majlis tunang. Tapi,lepas bincang dengan family,weols decide untuk tunang pada bulan 1. Menghormati arwah pakcik yang baru pergi. Dan 16.01.2010 kami selamat bertunang.
Waktu tunang kami tak banyak ragam. Senang. Setakat gadoh-gadoh manja tu biasa la. Tapi kalo gadoh besar tu alhamdullilah tak ada. Hopefully beterusan la. Cuma kalo gadoh tu ada biasa kot. Sedang lidah lagi tergigit.
Time ni, aku banyak mengsearch pasal alam rumah tangga. Macam-macam yang aku cr. Dari hal bersediakah anda sebagai isteri hingga la permata yang hilang. Dari segi tanggungjawab isteri, berat kan? Tapi itu lah yang harus di pikul. Dah tentu-tentu la syurga kita selepas kahwin di telapak kaki suami. So pepaham la kan. Even sekerjaya mana pun seseorang isteri itu. Syurga kamu tetap pada suami. Macam-macam tanggungjawab isteri. Basuh baju la,masak la. Nasib baik aku di besarkan dengan mak yang selalu suruh anak-anak buat keje. Kalo tak. Payah jugak. En.tunang dah la anak bongsu. Gila kau,kalo aku tak buat, die tak buat, sape nak buat? Mahu tungang langgang rumah nanti.haha.
Dari segi preparation untuk kahwin. Sangat bes. Sebab en.tunang akan ikut skali aku nak pegi mana. So,bila sama-sama pegi akan rase la dup dap dup dap nak kawen tu. Tq en.tunang sebab sentiasa follow saya. Walaupun awak sekadar duduk dalam kereta dan tidur! Barang kahwin aku,dari selatan ke utara. Haha,gila kan? Nanti aku share kan yerk.
Di sebab kan aku naik wedding nanti dengan along en.tunang, so kami sama2 la wak diskusi. Segala hal yang di diskus kan.
Time aku tunang, tup-tup aku dapat offer study. Bincang punya bincang,dengan family & en.tunang. so aku decide untuk pergi. Lagi-lagi memikirkan dari segi ekonomi keluarga.  Untuk meningkatkannya perlu lah aku buat pengorbana. Demi masa depan anak-anak aku nanti dan keluarga. Ramai yang macam tak puas hati aku pergi study, even yuran aku bukan dari duit diorang. Belanja aku kat sini pun bukan diorang yang kasi. Tetap nak tak puas hati. Kenapa? Kalo family aku dah kasi. Bakal suami aku izinkan. Enough kot. Dan. Dari ke yuran sampai ke belanja. Semua tu berbekalkan duit aku sendiri. Tak kira la PTPTN ke tak.janji duit aku sendiri. Nah! Yang penting aku tak susah kan family. Doakan aku bahagia je dan selamat habiskan pengajian.amin.
Nasib baik aku punya preparation kahwin aku da buat sikit. So bila aku in study kurang la sikit bebanan tu. Tp bila nak sampai wedding baru lah aku kerap balik. Oh, lupe! Aku continue study kat Pahang. 3jam dari seremban. Jauh tak?
Tahun  tu. Tahun  aku last puasa. Last raya dengan family. And aku mintak mak abah aku untuk balik kg awal this raya. Sebab nak memeriahkan diri aku. Alhamdullilah, 4 mak side. Semua pakcik makcik aku ada. Meriah gila. Tambah dengan kekepohan diri ku.haha.En.tunang pun sama. Sambut raya dengan family kat perak.

Bila hari nak dekat. Semakin bedebar. Tetiba, betul ke aku nak kawen ni? Macam tak percaya je. Haha. Bila pikir. Lepas kahwin ni tanggungjawab makin betambah. Nak gosok baju suami. Basuh baju. Wah….gila! larat ke?dengan aku study. Larat ke tak. Tunggu next entry yang aku nak kongsi kan pasal dunia baru aku.
Dan seterusnya 17.01.2010 kami selamat di nikahkan selepas 8tahun menyemai cinta. Syukran. Aku bahagia. Kasih sayang yang selama ini aku dan die berhempas pulas untuk kekalkan. Selamat di akhiri dengan perkahwinan. Menangis la si syaitoonn durjana itu melihat anak adam mendirikan masjid. Haha. Dan kini boyfriendku adalah suami ku.
En.suami,terima kasih membahagiakan saya. And hopefully kebahagian itu akan sampai akhir hayat. Amin~
Saya sangat saya kamu, wahai EN.SUAMI.


Tamat lah sudah cerita chentaku. Tq pada yang ikuti. Yang aku mahukan. Doakan aku dan en.suami bahagia hingga akhir hayat. Luv all of u!



Nota kaki :: tunggu cerita pasal wedding planner. Seronok bila kahwen sendiri yang uruskan.

No comments: