Labels

Showing posts with label Luas Pemandangan. Show all posts
Showing posts with label Luas Pemandangan. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Songs of The Sea at Sentosa Island

 assalamualaikum,

Hi alls. nak share trip ke singapore yang dah basi ni. actually ni lepas pergi ke Legoland tu. ni ktorg pergi ke Sentoasa Island. tengok Songs Of The Sea. meriah gak la. aku macam rasa kalau lah buat kat PD tu. mesti ada peningkatan dari segi pelancongan.

 Iman ada sekali. Mula aku ingat dia macam teater. Dalam hall room. Tapi kat tepi pantai rupanya. 
Yang kelakarnya. Si kecik iman aryyan tu. Time diorg dok buat part " ha ha ha" dia pun gelak sama sampai 1 stand tu pandang kat iman then gelak. Iman, iman. Awak pun sibuk nak berteater ye. 












Monday, May 27, 2013

vacation trip bandung final.

assalamualaikum,

hari ke 4 aku dibandung. harini last day kat sana. lewat sikit aku bangun harini. pagi lepas check out ktorg terus ke kartika sari. aku ada google amanda and kartika sari. and depends to orang tu kot. aku terus ke kartika sari sebab aku dah pernah rasa pun. tapi sebut pasal kartika sari. alahai. kesian sil aku. aku terlepas pandang yang dia nak brownise chip. aku tak baca habis. kesian dia. salah aku jugak baca tak habis. biasala orang pregnant. mengidam kan. teringat aku kat bff aku. menangis2 sebab tak dapat ikan perkasam. dia kirim kawan dia tapi dah habis.  haha! asz... asz... seb baik la aku mengandung tak macam tu. tak adalah mood aku nak nangis2 kalau tak dapat. sebab emosi aku terkawal sikit kot. ingat lagi soh laki aku beli jambu kat tapah dia tak beli. lastly aku yang pegi beli sendiri. haha. ala, tapi kan memang orang mengandung ni emosi ye lain. aku pun tah jap g nangis air mata darah tak dapat. haha! 

lepas ke kartika sari terus ktorg ke paris van java. then ke bali heavan. lepas tu hantar kawan aku tu ke airport. dia balik awal. aku flight pukul 7. selepas hantar dia. aku terus ke pasar baru sekali lagi. beli belah lagi apa yang tertinggal. then terus ke air port untuk balik. sampai malaysia.

ingat tak kat entry bandung part I  aku ada cerita pasal one pakcik tu.
ha. ni la dia. peramah makcik ni. orang ghombau. 






sempat pau ayah dia. da patah pun lorry ni. haha. 

ni hotel kami menginap. hotel marciella.

alhamdullilah. berjaya misi lawatan ke bandung kalini. insyallah lepas ni kalau ada rezeki lebih plan lain tempat pulak. tamat lah dari trip part 1, part 2, part 3 and part 4 ni. nanti aku sambung budget dia pulak erk. ok uolls. tq sudi baca. 

merewang ke bandung part III

Assalamualaikum,

I'm back. To story about bandung part 3 on day 3rd. Ok meh cheq sambung. Untuk hari ketiga aku pegi tangkuban perahu. Tangkuban perahu femes amos jugak. Kat malaysia aku yok yok borak ngan bff aku myra nk p kawah putih. Tp aku google punye google. Diorg kate x sesuai bawak budak. Sebab. Ada sebab musabab. Sulfur terlalu kuat. So disebabkan itu aku x pergi ianya akan menyebabkan hero kecik aku akan mendapat batuk ataupun demam. So weolls pergi ke tangkuban perahu. Perjalananan makan masa 2jam. Sempat la nak membute. ok kat sini nak masuk x silap aku kene 100ribu rp/person. waktu nak masuk tu dia mintak nanti. sampai situ sejuk gila. mcm cameron la. 





ni kawah putih. kawan aku p yang sini. hari ke-3 ni ktorg decide g mana ktorg suka. haha.
 cantik kan? ada macam pulau nami korea tak? kalo repeat g bandung lagi
aku pastikan aku akan sampai sini. 


tips kat sini, orang2 yang dok menjual tu dah sibuk tunggu kat kereta korang. so then korang turun je nanti diorg akan "kak, keychain kak" itu lah ini lah... TAPI!!! jgn di layan. cakap je lah tak nak. kau layan sekali sampai ko akan rimas la. aku da kene. waktu tu aku kat granade. aku terus naik kereta. ingatkan dia bla. die dok merayu kat tingkap kereta. mampus aku. haha. rimas ok. mmg rimas. 





lagi 1 tips. aku nak beli sweater ala2 rita rudaini dlm sehangat asmara tu. jp g d la 1 pekeja kat sana ni pakai. aku tanya la berapa dia beli. dia macam tersilap cakap kat aku. 100ribu ke 300ribu dia cakap. jp g. aku pergi kedai yang jual jaket tu aku terus tawar 100ribu. dapat. 30hinggit ok duit sini. murah kan? ori kulit sapi tau. jap g tak ada size. hukhuk!! sedey aku.... da dapat murah tak ada size lak. so tips ye. ko ketuk harga rendah gila. pastu kau buat ala2 nak bla time dia x kasi. sure kasi pastu. sebab 2nd time en.suami beli jam. pun aku tawar cmtu dapat. sebab kat bandung jam tu mahal gila. kecik lak tu. sini dapat murah gila. 
oh, tapi aku x turun kat bawah pun. malas ar. bawak iman lagi. pastu mbr aku pun d bawak anak. tkorg jalan-jalan kat atas tu je.


lepas ktorg pergi tangkuban. terus ke trans studio. tapi x masuk pun. x sempat la. masuk sini nak kene spent time 1 hari. kalau tak rugi ar bayar. review macam bes. tapi aku jalan kat luar2 tu je. 




    



sempat g mengadap JCO ni jap. kat original JCO ni dari indonesia. so nak rasa la yang kat sini punya. aku rasa harga dia murah sikit kot dari malaysia. rasa la. hehe. 


balik dari sini ktorg terus jalan ke jalan riau. cari-cari yang berminat kat sini. tapi syg. untuk baju aku tak ada yang kenan la. tak tau lah kenapa. tapi cam nyesal tak beli seluar zara colour blok tu selai. balik sini cam terngiang2 lak. hehe. aku beli baju bandung tu kat tepi jalan kat jalan riau ni. murah je. 6ringgit je. kain pun best. tp tulah. ada tapi. yang aku cakap da bagi kat kawan aku. hikhik. 


ada lagi tempat aku g tp tak amik gambar. nanti kalau korang pergi jalan riau jalan dago sepanjang tu memang factory oulet. ok. next entry ey part 4. buby~


Sunday, May 26, 2013

vacation trip bandung part II


Assalamualaikum,

Terus hupdate 2ndt trip. Sempat. Haha. Ok lah. Aku teruskan. Untuk 2nd day. Ktorg pergi pasar baru pagi-pagi buta tu. Sampai sana. Supir aku bawak p tempat telekung. Ok, tips aku. Sebelum kau nak pergi sana tu. Ko google la dulu experience orang ke sana. Contoh cam blog aku. Haha. Sebab aku pun refer kat orang sebelum aku pergi sana. Then ni aku pulak kongsi cerita kat sana. Berbalik mengenai pasar baru. Sampai sana. Tujuan aku terus nak cari d’fashion. Teruslah supir bawak aku. Dia mmg ada 7 level. Tapi. Malas ar aku nak naik 1 1. Aku terus p mana tempat aku nak tuju. Da tebayang2 kain ela aku nak menyapai.  Kawan aku sorg lagi tu actually dia lain supir. Supir dia macam pro skt la dr supir aku. Haha. Tp even supir aku x pro. Tapi dia baik hati. Sangat baik. Lagi2 layan aku and the geng.

ni antara kedai kain or lace yang ada.
dan Yabes adalah kedai aku memborong.
kain lace kat sini aku blh dpt RM 35 1meter. murah tak? so sape nk nikah tu p la sini dari korang beli kat jakel tu beratus. korang dapat jimat banyak kat sini. x pun. kalo korang beli kat jakel tu. korang bloleh p bandung pakej flight dengan penginapan. sambil korang boleh shopping. haha. betul x tipu. cube ar korg survey harga kat kat jakel tu. lukcly waktu aku nikah dulu. my sil nak p bandung. and aku kirim. kesian. katanya naik angkutan ha bawak kiriman aku tu. jasamu di kenang. sebab kenangkan jasa tu lah. aku sanggup bersengkang mata time boyot lu buat hantaran dia. haha. budi orang sentiasa kene ingat babe! and, sebab tu jugaklah sape yang kirim kat aku dengan baik hati aku akan terima. senang kalo orang p aku mengirim lak. kehkeh.


antara lace yang ada. ha. rambang mata tak?
berbalik cerita lace. gila ok tengok lace dia. ada dual kaler. ada 1 kaler. dengan songket dia. cantik ye. aku siap beli songket lah buat samping laki aku.hasil aku beli kat sana. memang niat nak beli untuk keluarga aku baju raya. kali ni baru aku betul2 kerja dengan jayanya selepas kejap keje kejap sambung study. kang keje balik. kang study balik. ni kira aku dah betul-betul kerja dan ada rezeki lebih. so aku belikan untuk famili aku 1 set baju raya. 6 pasang aku beli. untuk family mentua, aku bagi anak sedara and akak2 jerk. sori eay abang2ku. next time gua beli untuk korang. tak tau nak beli apa. nak beli baju tulis welkam tu bandung tu cam murah sangat lak.eceh.... belagak! tapi aku cam ralat. anak buah aku lagi 2orang tak dapat apa2. bukan lupa. aku dengan baik hati bagi lah kat kawan aku baju sebab dia tak sempat nak cari hari last tu. jap g. aku cari2 kat pasar baru tu kualiti tak sama dengan aku dah beli tu. xd la aku beli. then langsung tak beli. am & dwan, mokde promised mokde beli baju raya untuk korang nanti. keralatan aku tu sampai lah sekarang nasib baik si kakak aku sempat terpikir telekung untuk dia. nak cari baju dia pun aku banyak tak kenan. last minit idea dapat telekung kat pasar baru. oh sebenarnya. aku repeat dua kali kat pasar baru tu. 1 nak cari kain batik mil aku. jubah ofcmate aku. baju renang aku. and lace bff aku kirim. eh chup. baju renang sangat murah hokey. kat sana 50ringgit je. kat sini RM 140. jenis sama. aku nak bisnes baju renang. tunggu ey. panjang ye celoteh. moh la layan gambar dulu. kang sambung balik.







mak jemah sibuk haaaaaa!!!!

ni kawan aku. diorang terus tempah kat sana baju. tu dok ngukur la tu. 1 hari siap.
esok malam terus dapat hingga ke pintu bilik tau. kelas!!!

aku potong seluar and sambung 3 ringgit je.
 kat levis sini mau 15ringgit.

lepas ke pasar baru. ktorang makan kat restoran sederhana. kene 80 hinggit hokey. tapi cutting dua. 40ringgit la 1 famili. syarat nak makan nasi padang ni. kau jangan usik mana yang kau taknak. dia tak kira lah mana ko tak usik tu. yang kau usik je dia akan kira. tapi sedap la. nasi padang ni. nasi putih je pun. lauk pun sama je dengan kita. cuma dia letak lauk macam 2 orang makan. tapi banyak jenis. ha kau pilih la mana nak. ada la dalam 20 lauk. balik dari sana. kami ke toko tiga. oh! tapi ktorg balik hotel dulu. solat2 dulu mandi. then baru g toko tiga. sebab tu aku cakap supir aku baik hati. dia layankan je apa kitorang nya plan. nampak cam huru hara la plan ktorg. sebab toko tiga tu dekat dengan pasar baru. tapi ktorg boleh pulak nak balik hotel dulu. kang p sana balik. badan belengas babe. dengan iman dah mengamuk-mengamuk. kat pasar baru tu agak panas. aku rasa bukan pasar baru je. memang air-cond kat indon tu tak berapa nak sejuk. even mall dia pun panas. macam paris van java tu. ok then, lepas toko tiga ktorg pergi toko anak kecil.ha sana memang banyak seluar iman. even girl pun banyak. rambang mata aku. dapat lah aku sambar 2 seluar iman kat sini. baju nephew aku. eh, mmg prefer la kat sini. banyak choice. 

so, untuk hari kedua. ini je cerita aku. aku sambung part III ey nanti untuk day 3rd. sabar ey. sabar itu kan separuh dari iman. ok. see you soon. 


Saturday, May 25, 2013

vacation trip to bandung part 1

assalamualaikum,

Kalini. Misi aku nak ke Bandung. And finally dapat jugak setelah aku berhempas pulas membentangkan proposal kat en.suami.  aku pergi dengan a few friends. Bff aku masa aku study dulu. Tapi berlainan tempat. Aku kasi redah 1 kan mereka. So both of my bff but not them. Tp alhamdullilah. Even mereka x kenal. Tapi ok. Aku sangat happy and menarik dengan trip ni even 1st time trip dengan diorg. Alah, kalau 1 kepala. Tu yang best kan? Tak ada lah sorang nak pi sana. Sorang nak pi sini. Tips aku. Kalau nak ke bandung ni pun tak yah ramai-ramai. Kalau family lain. Kalau kawan ni kang. Kau nak pi cari kedai biasa2. Yang kawan kau nak pi cari kedai tak biasa2. Nanti jadi bercanggah nak pi mana tu dah jadi tak bes. Tapi trip aku yang ni. Both of my bff aku sempoi. 1 kepala. Senang berurusan. En.suami pun setuju. So next time boleh deal lagi dengan mereka.

Aku cerita dulu mana tempat yang aku pergi untuk day 1st. nanti jumpe kat 2nd stori untuk day 2nd and seterusnya. Budget? Ok. Aku faham. Dah tentu ramai yang nak tau pasal budget. Aku akan share dengan korang. Tunggu ey.  Nanti gua update.
 
Aku naik filght pukul 6.20. tapi kawan aku sorang lagi fligt dia kol 2.45. tapi, TIGAAAA pagi aku dah gerak dari rumah. Tiga pagi hokey. Kejap2 aku bangun. Takut telepas time. Haha. 1st time aku nak naik flight kan. Dan dengar macam-macam pasal air asia ni. Kalau lambat tak bagi masuk lah hape la. Tapi to me. If kau ikut je time dia. Tak jadi masalah. Sebab kene check in 45minit sebelum kan. Even bagasi pun. So ikut je lah kalau taknak terlepas flight. Aku ad abaca keburukan je.

Tapi, oh meh ni nak cerita sikit kebaikan. Ada pakcik sebelah bilik aku kat hotel. Nak fly dah malam tu. Sekali cek. Pakcik tu punya passport 6bulan dah nak expired. So pakcik tu tak nak ambil risiko. Dia fly esok ye. Merayu-merayu and cerita sok sek sok sek kat orang air asia tu dia bagi fly esok pagi and taka da cas. Tapi pakcik tu je. Mak cik tu da fly mlm tu. Bak kata makcik tu. Sorang mungkin lah boleh air asia nak tolong. So baikkan air asia. Malaysia punya. Ok je. Waktu dalam flight pun peramugari peramugara ok. Tak ada masalah. Tapi aku frust gak dengan cerita ho che min tu. Kesian akak tu. Kalau aku pun aku mungkin meroyan.

Eh panjang pulak membebel. Ok2 aku teruskan. Aku sampai kan airport sana 7lebih waktu Indonesia. Masa sana cepat sejam tau dari Malaysia. So nanti betulkan masa tu. Tapi keadaan siang malam. Gelapnya sama dengan waktu Malaysia tu. tapi sana manual ok. airport pun kecik. diorg tumpang airport tentera udara sebenarnya. nanti kau akan macam berada dalam kem askar tau. 

Aku sampai terus ke Taman Kopo. Taman kopo ni tak lah femes sangat. Tapi aku tau sebab aku nye supir asik check in kat sana je. Terus aku google ape ke bendalah taman kopo tu. Rupanya, taman kopo tu gudang kain sulam. Even pasar baru pun ambil stok dari taman kopo ni. And murah jugak lah dari pasar baru. Murah banyak. Tapi ada jugak aku beli kat pasar baru. Mana nak sempat aku nak patah balik. Eh tapi sebelum tu kalau nak beli simcard. Jangan beli kat airport tau. Mahal nak mampos. Member aku dah tertipu. Hehe. Aku tak beli pun time tu. So nanti soh supir korang cari kedai mana-mana. And 1 more. Kalau dia topup tu. Kau tunggu kat depan dia sampai dia masukkan pulsa tu. Aku dah tekono! Haram betul.


Lepas aku pergi taman kopo tu. Aku balik hotel. check in. hotel ok. Aku puas hati. Bersih. even hotel budget. Tapi kebersihannya tip top. Lagi tip top dari hotel tiara beach resort pd tu. Hero kecik aku tidur. So sambil die tidur tu. Aku siap-siap nak ambil kawan aku pulak. 

Dah ambil dia. Terus kitorg p makan kat kedai belacan. Superb la jugak makanan dia. Aku makan nasi goring cumi. Cumi tu sotong tau kat sana. Lepas tu kotrg berjalan ke jalan dago. Rumah mode and mana tah lagi. Rumah mode memang mahal sikit. Tapi baju budak lawa2. Dapat lah aku seluar hero kecik 2 3 lai. Baju taka da yang kenan. Tempat dia besar jugak la. Lepas dah shopping2 sana. Balik ar apa lagi. Penat hokey. Kol 3 dah bangun.

Erm, sampai sini je kot. Jumpe next entry ey. Bila tu? Ala. Kejap je kot. Nanti aku buat la yang next day. Jumpa nanti uolls. 

Wednesday, March 27, 2013

ber'aktiviti' di legoland

Assalamualaikum,



Hi, kongsi cerita lagi. Legoland. Yup legoland. Bulan dua haritu aku and mil family ke legoland. My sil dapat diskaun untuk ticket coz dia kerja Maybank. So kalau Tanya rata2 maybankers akan cakap yup ada sale untuk ticket. So dah elok dapat murah gilak apa lagi. Plan lah masuk sana. Oh aku pergi sekali dengan makcik en.suami yang kat Singapore dengan kazen en.suami Abg Liman.



Guard ni siap tidur. siap bedengkur hokey... 

ok please lukis gambar saya se cantik yang boleh ye. hikhik.

Ni lego untuk Singapore tak silap.


Singapore

Taj Mahal

Add caption

Johor kot. I'm not sure.

ni dalam baby care room. sangat menarik kat dalam ni. yg iman main lego ni kat area mainan.
 ada bahagian nak menyusukan anak. anak relax chair. bahagian pantry pulak ada microwave.
 ada warmer. so kalau ibu yang BF tu siap semua ni. so jangan risau.
 kalau nak tidur kat sini sambil kita relax dalam ni pun ok. cuma buai je dia tak ada. hehe.
Tapi!! ibu and anak je ok boleh masuk. 

To me kalau nak ke Legoland ni untuk awal2 ni belum ok lagi. Coz agak panas sebab pokok banyak belum besar lagi. Then, game tak banyak sgt pun. Pada aku yang dah pernah masuk USS ni lagi lah banyak aku compare kan. Legoland perlu banyak buat improvement lagi lah. Tapi legoland punya baby care room sangat best. Aku suka. Kan main lama aku kat dalam tu. Yang lain aku tak berapa minat. roller coaster even aku menjerit macam hape, tapi kat USS lagi bes kot. So the next day weolls ke Singapore. nanti aku burakkan mana aku pergi kat singapore ye. see you soon.

Saturday, February 2, 2013

TRIP TO SINGAPORE - MARINA BAY


Assalamualaikum.

Sambung trip ke SG. For the 2nd day, kazen aku bawak weolls ke Orchad Road, marina bay. Before tu pegi arab street tak silap aku. Aku pun dah tak bape ingat. Then, jalan-jalan area sane. Arab street macam petaling street je. Kat sane macam yang uolls tau tak boleh merokok sebarangan. Korang akan Nampak rakyat jelata Singapore yang smoking ni akan duduk berdekatan dengan tong sampah tu untuk buang abu rokok ey, ok la kan. Tak bersepah. 

trip kami ni trip under budget. atau budget-budget tersangat. hehe. almaklumlah, petukaran wang sane pun kan men kasi aku kurus. so perbelanjaan kat sane tersangatlah di kawal.

Aku da 2nd time ke Singapore, even aku orang JB tp before ni tak pernah kesane pun. Waktu 1st time aku ke sane, honeymoon. Kazen aku bawak p sambut new year, bagus je diorg ye rules. Tak boleh nak tengok konsert sebarangan. Theyalls tutup pakai kanvas yang kat tepi2 tu. Ye la, Singapore kan penuh dengan peraturan. Dari segala hal. So jum layan gamba lagik. 






ni dalam hard rock cafe. En.Ayah yo yo tengok baju. 



macam dalam the mines kan? tapi besar mall ni.






sini kat marina bay. weolls berjalan dari seberang ke seberang. dah macam amazing race.  kepenatan sikit kat sini...bus 106 disalahkn,haha! tp,sgt bebaloi bus 106 tu slh anta,view die sgt2 cntik & menarik,very awesome...sgt indah view kt spore ni,bgnn cntik2...bebaloi jalan jauh sikit..sikit??haha! kn da dpt redbull free...betenaga la sikit...;-D


cantikkan view dia?

ni aku p sane last 2 year. celebrate new year kat sana. maklong aku pun nak join ikutkan. tp abg liman aku x bagi. ramai orang kan. sangat awesome view new year dia kat sini. mmg bes!!



tahun ni mebi repeat lagi ke sane dengan in law family. mebi. laki aku dok bising cakap nak p sana lagi. banyak nau program bini dia ni. haha! alah, prgoram dia lagi lah. macam-macam...

ok uolls, jumpe next entry.