Saturday, February 12, 2011

kawan.

Tadi pergi asah bakat. Asah bakat untuk lensa coklat. Tapi masih tak puas hati. Biasa la. Budak baru belajar. Tekedek-kedek lagi macam unta. Unta pun lagi laju kot.
Tapi bukan itu isu yang aku nak bangkit kan. Malam ni. Tetiba aku nak becerita seseorang yang bernama sahabat. Bukan sahabat kot. Kawan. Sebab, sahabat pada erti kata aku adalah seseorang yang sangat rapat dengan aku. Kawan tu. Camtu-camtu je.
Nak becerita mengenai pengalaman aku. Dulu. Ada insan ni yang aku kenali mereka-mereka ini sangat rapat. Bukan aku je yang nampak ke akraban tu. Ramai Nampak. Tapi, tup2…macam2 isu. Aku adalah antara orang yang dengarkan isu itu. Dan aku juga adalah antara orang yang cuba untuk merapatkan ukhuwah tersebut. Sebab apa ianya terlerai. Biarlah aku je yang tau. Even aku tak tau pun cerita sebenar. Hehe.
Tapi. Isu ye kat sini, time aku nak rapatkan balik mereka-mereka ini. Punya lah susah. Ketegak habih! Yang sorang tak boleh nak tengok muka yang sorang. Yang sorang lagi tak boleh nak beralah. Aduhai. Pening aku time tu. Masing-masing ada ego yang aku rasa kalau nak cabut ego tu pun pakai playar pun belum tentu boleh. memang ego ya rabbi...
Tapi waktu tu aku tetap berusaha supaya mereka rapat kembali. Iyalah,dah kawan tetiba2 renggang tak bes kan? Tapi bila si sorang dah menemui jalan kebahagian aku hanya memandang happy. At least dia ada lah orang lain untuk di jadikan kawan. Tak ada lah rasa tersisih. Kesian tau tengok orang dalam keadaan tersisih.
Di pendek kan cerita.. sekarang aku tengok dah kembali terjalin relationship yang dulunya retak itu. Bagaimana boleh kembali terjalin? Aku pun tak nak tahu. Yang penting bahagia, aku tengok mereka-mereka dah kembali rapat. Alhamdullilah.
Korang tau tak? Korang ni dulu time aku nak baikkan anjing ngan kucing pun kalah. Eceth! Macam lah mereka-mereka itu baca blog aku ni. Haha. Papepun, aku doakan yang terbaik untuk korang. Tak bes wei gadoh2 ni.
Erm…aku ni pun sebenarnya lebih kurang dengan cerita mereka ni. Haha. Tapi aku tetap sayang kan dia. Ni pun kalau kau baca. Aku nak bagitau aku sayang ko tau? Jadik jangan ego cam taik! Haha.
Moral of the story, hargailah kawan selagi ada. Mungkin kawan itu boleh di jadikan sahabat. Inikan enemy pun boleh jadi besfren apatahlagi kawan.
Ha! Satu lagi. Tolong jangan buat muka badmood dengan kawan-kawan sekiranya anda mempunyai masalah peribadi yang lain. Jangan campur adukkan ia. Walaupun berkaitan dengan ‘sakit perut’. Nanti orang salah paham dengan anda. Apa jadi? Touching! Afterthat?? Die!!

kalau aku ni. 1st time kawan memang cam sombong sikit. bukan sombong sebenarnya. nak biasakan diri. kasi lama sikit kenal... mungkin perbicaraan itu akan lebih meriah. tapi kalo kau yang buat sombong. 'selamat tinggallah'. aku x heran!
 "aku sayang semua yang jadikan aku kawan mereka. Tq ALLAH bg mereka-mereka ini pada aku."
berkawan biar beribu. bercinta biarlah pada en.suamiku saja. wink*wink*

Nota kaki:: teringat zaman kecik-kecik dulu. selalu cakap..."mulai esok aku tak nak kawan kau!" tapi esoknya kawan jugak. alahai budak-budak...comel!

No comments: