Tuesday, February 15, 2011

salam maulidurasul~

Tercipta satu lembaran sejarah,
di tanah suci kota Mekah,
Hari yang mulia penuh saadah..

Malam Isnin, subuh yang indah,
 12 Rabiulawal yang cerah..
20 April, tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah..


"Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah." copying from wikepidia

nota kaki:: teringat zaman sekolah waktu berarak depan sekolah sambil pegang sepanduk dan berselawat.




No comments: