Friday, April 1, 2011

Toksoplasmosis

entry yang before ni banya betul sebut toksoplasmosis ni. berbelit lidah aku nak menyebut. apa benda ni aku pun tak tahu. sekali lagi dengan bantuan ehsan en.google aku jumpa lah maknanya. kamu bacalah ye apa benda alah ni.

Toksoplasmosis merupakan penyakit parasitik yang berpunca dari protozoa Toxoplasma gondii . Parasit ini menjangkiti hidupan berdarah panas, termasuklah manusia. Punca jangkitan (hospes definitive) dari kucing, burung, tikus, lembu dan babi.

Apakah simptom biasa untuk pesakit toksoplasmosis?

Walaupun orang yang dijangkiti dengan toksoplasmosis seringkali tidak menyedari memiliki penyakit ini, gejala biasa bagi pesakit toxo adalah simptom flulike yang mana akan menyebabkan pembengkakan kelenjar dan kesakitan otot dan kesakitan yang berterusan dari beberapa hari kepada beberapa minggu. Jika sistem kekebalan tubuh anda normal, anda tidak boleh mendapatkan jangkitan lagi.

Kesan jangkitan pada ibu hamil adalah keguguran berulang dan kecacatan sebelum lahir (Hidrosefalus, Mikrosefalus), kelainan Retinokorioditis dan Hepatosplenomegali. Kajian yang dilakukan di Indonesia mendapati 27.9 % contoh darah manusia dan 19.2 % haiwan lain menunjukkan Toksoplasmosis positif.

ada lagi satu info. tapi aku tak boleh nak mengcopy, dia tulis begini. "sorry klick kanannya error" haha. jadi sekiranya kamu mahu baca info ini kamu harus mengklick di sini dan seterusnya baca.http://nusaindah.tripod.com/toksoplasmosis.htm



nota kaki:: lagi untuk di kongsi..tunggu lah next entry ye.



No comments: