Wednesday, June 26, 2013

Dunia Breastfeed

Assalamualaikum, 


Breastfeeding. Yup. Harini aku nak sharekan pasal bf.sememangnya berpandukan pada rezeki allah bagi. Tp meh kita mulakan jugak dengan usaha dari kita sendiri. Sejak Iman lahir aku memang breastfeed dia sampai harini. Nak masuk dunia bf ni tak susah kalau kita tekad dan niat memang aku nak anak aku di susukan oleh air susu aku sendiri. Dan akan susah kalau kita mengeluh. Malas. Dan hanya redha dengan apa berlaku tanpa usaha yang lebih. 1 aku pegang. "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih." Kalau kita betul2 berusaha insyallah allah juga akan bantu. Kalau kita main-main. Allah pun main-main tolong kita. Kan? 

Aku start pregnantkan iman, aku dah nekad untuk bagi iman susu aku. So, since iman 6 bulan dalam kandungan aku dah gali ilmu. Mula-mula aku memang tak tau dan tak yakin sangat. Tapi bila aku rajin membaca dengan dikelilingi orang-orang yang bagi inspirasi kat aku. Alhamdullilah aku berjaya. 6 bulan memang iman minum susu ibu sahaja. Tak ada air masak. Tak ada madu. Cuma air zam zam aku ada bagi setitik dua. 

Kuning? Yup. Iman memang kene kuning. Sehingga 2 ke 3 minggu. Hanya susu ibu yang aku bagi. tak ada susu kambing or what ever. hanya susu ibu yang boleh sembukan. Ingat lagi aku. Waktu iman kene admit NICU. Badan aku macam dan sengal otot. Memerlukan urut. Ye la dah 2 hari aku kat ward sebab Iman tak kencing-kencing. Masuk NICU pulak kena kuning. Aku mmg nak balik nak mintak mak aku urut dulu. Tapi bila aku pam hanya kolustrum yang ada waktu tu. Aku tak sampai hati. Nekad biar lah badan sengal2 tapi anak aku dapat minum susu aku. Alhamdullilah. Esok nya Iman dapat keluar. 

Lepas 6 bulan Iman dah start makan. Sampai 11 bulan Iman makan yang tiada perasa mahupun garam atau gula. Cuma makan yang original food. Nestum jugak aku tak bagi.semuanya homemade. Biskut pun lepas 8 bulan. Yup. Mungkin aku tegar sangat. Bagi aku. Kalau anak kau dah fully bf. Apa salahya kau teruskan peraturan lain pulak.  

sumber en. google
Syarat nak kekalkan bf. Even kita buzy mana pun. Tetapkan 1 1 masa untuk pam. Setiap hari. Masa yang sama. Kalau tak boleh nak ikut masa setiap 3 jam. 1x masa rehat pun dah memadai. Tapi. Pastikan tetap masa nya. Supaya breast kita dah sedia maklum waktu tu. 

aku kerja site supervisor. so masa yang ada even tengah drive pun aku pum je. 
Yang ni basic. even tanya pakar laktasi pun ini jawapannya.Air masak jangan lupa. Itu untuk memproses air. Banyak kita masukkan air dalam badan. Banyak lah prosesnya. Pemakanan kene kawal. Makan sayur hijau. Makan segala makanan yang boleh banyakkan susu. Aku prefer. Makan yang semula jadi. Pil-pil tolak ketepi dulu. Cari milk booster fresh dulu. Baru lah usahakan yang ke dua. Kurma antara yang boleh banyakkan susu. Nanti aku share kan makanan yang boleh perbanyakkan susu. 

Aku rasa. Orang yang belum lalui memang akan banyak cakap dan argue. Tapi aku dulu tak la macam tu. Aku diam dan dengar. Dah kita tak tau kan. Jangan buat-buat tau. Tapi geram jugak aku pada yang tak dengar cakap and buat-buat pandai. Sebab aku dah lalui dengan macam-macam orang. Aku bukan la pakar laktasi. Tapi ramai je yang mintak share pasal dunia penyusuan dengan aku. Belum lagi orang argue aku sedemikian rupa. Tak apa lah. Aku doakan orang-orang yang sedemikan akan di permudahkan lepas dapat anak dan kawen. Insyallah. tapi, kalau orang tu dah memang tolak. Its ok. Aku   x paksa. Aku ni jenis. Akan nasihat lebih dengan adik beradik aku or org dekat2 yg aku. Kalo org luar yg mmg tolak bf takkan aku nak paksa pulak. Tepulang pada orang tersebut. Even dia bg fm pun kalau dia  jaga anak sebaiknya alhamdullilah. dan aku tak penah nak rase aku banyak susu. Orang tak faham aku lalui. Aku bukan lah seorang yang meriah susu. Mcm2 aku buat utk bg iman fully bf. Macam aku cakap  orang yang belum pernah lalui takkan rasa apa yang mummy bf rasa.


Erm,Nanti aku sambung tips banyakkan susu pulak. And peraturan-peraturan kene ikut. Ni mukadimah baru. Macam yang aku cakap tadi. Mula-mula. Kau kene tekad. Kalau tak ada tekad dan niat yang tulus. Takkan akan jadi dan kau mudah di pengaruhi dengan fm. 




No comments: